Sunday, June 13, 2010

Kekasih RM382,477

Oleh Shanty Nur Shaffizan Shafee
shantynur@hmetro.com.my
2010/06/14


KUALA LUMPUR: Teruja ingin bertemu kekasih hati yang baru dikenali melalui laman sembang, seorang wanita berusia 27 tahun berputih mata apabila kerugian RM7,100 apabila diperdaya lelaki terbabit kononnya ditahan pihak berkuasa tempatan.


Tanpa menyedari ia helah lelaki Afrika yang bijak berlakon sebagai kasanova menjerat wanita tempatan menyebabkan mangsa yakin teman lelakinya itu dalam kesusahan. Menurut sumber, mangsa bekerja sebagai pembantu undang-undang hanya mengenali lelaki itu tidak sampai sebulan dan terkejut apabila diberitahu kekasihnya itu akan datang menemuinya minggu lalu.
“Mangsa menerima panggilan kira-kira jam 9 pagi Khamis lalu dari teman lelakinya yang dikenali sebagai David menyatakan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari London, United Kingdom,” katanya.



Namun, kegembiraan wanita itu hanya seketika apabila menerima panggilan daripada teman lelakinya yang mendakwa ditahan pihak kastam kerana membawa wang melebihi had memasuki negara ini iaitu kira-kira RM382,477.



“Suspek meminta wanita terbabit membantu membebaskannya dengan membayar cukai iaitu 10 peratus dari jumlah wang terbabit kira-kira RM38,247.



“Mangsa yang tidak mempunyai wang sebanyak itu mulanya enggan membantu, tetapi kemudian dihubungi pula seorang lelaki lain yang mendakwa pegawai kastam menyebabkan dia terpedaya lalu memasukkan RM7,100 ke dalam beberapa akaun seperti diarahkan,” katanya.



Bagaimanapun, suspek tidak berpuas hati dan mendesak mangsa supaya memasukkan sekurang-kurangnya RM10,000 dengan alasan untuk dibebaskan, tetapi enggan dituruti mangsa.



“Suspek terus mendesak dan menghubunginya bagi meminta wang menyebabkan mangsa menghubungi pihak kastam dan imigresen KLIA bagi mengesahkan penahanan teman lelakinya itu.



“Menyedihkan apabila mangsa diberitahu kedua-dua pihak berkuasa terbabit mereka tidak membuat sebarang penahanan pada hari terbabit menyebabkan mangsa merasa ditipu dan membuat laporan polis,” katanya.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abd Ghany mengesahkan menerima laporan itu.


Sunday, May 23, 2010

Sonata Mat Afrika

Posted on the February 24th, 2010 under Berita, Jenayah, Tempatan by johnjimat


KUALA LUMPUR: Ibarat bercinta dengan kekasih bunian apabila semakin ramai wanita tempatan cair dan seterusnya menjadi mangsa tipu muslihat kasanova dan lelaki romantis yang mengaku dari Korea sambil menawarkan cinta ala drama Winter Sonata sebelum melesapkan wang mereka.

KACAK...wajah aktor drama Winter Sonata jadi modal lelaki Afrika  menipu gadis tempatan.
KACAK…wajah aktor drama Winter Sonata jadi modal lelaki Afrika menipu gadis tempatan.

Berdasarkan maklumat diperoleh, golongan penipu yang didalangi lelaki Afrika terbabit licik menipu dengan berselindung di sebalik gambar artis atau model lelaki Korea yang fasih berbahasa Inggeris untuk memikat gadis tempatan dengan ayat cinta diluahkan menerusi laman sembang di Internet.

Dalam kejadian terbaru, seorang wanita berusia 20-an mendakwa menjadi mangsa selepas mengenali kekasih halimunannya melalui laman sembang www.tagged.com.

Lelaki terbabit yang mengaku dari Korea bijak bermain kata-kata sehingga mangsa percaya kenalan barunya itu benar-benar serius untuk menjalin hubungan cinta dan akhirnya berkahwin.

Pada masa sama, mangsa yang mula kemaruk bersembang saling berbalas mesej dengan lelaki terbabit selepas lelaki terbabit mengirimkan foto wajah dirinya melalui Internet yang saling tidak tumpah aktor terkenal Korea, Bae Yong-joon. Melalui gambar itu, lelaki terbabit digambarkan sebagai jejaka yang berbudi bahasa dan bijak bermain kata-kata manis untuk membuatkan mangsa jatuh cinta dan percaya niat ikhlasnya, katanya. Bagi meyakinkan mangsa, lelaki terbabit turut berjanji datang ke Malaysia dan berkahwin dengan wanita itu selepas kedudukan kewangannya stabil.

Selepas enam bulan menjalin hubungan intim melalui Internet, lelaki itu mula menceritakan masalah dihadapinya dan menyatakan hasrat meminjam wang kononnya untuk tujuan perniagaan.

Mangsa yang bekerja sebagai eksekutif dan daripada golongan berada tidak menaruh sebarang syak wasangka sebelum memberi pinjaman wang secara berperingkat sehingga mencecah RM125,783 kepada lelaki itu melalui pemindahan bank.

Bagaimanapun, dia mula menyedari diperdaya apabila lelaki terbabit enggan membayar balik hutang terbabit dengan memberi pelbagai alasan sebelum tidak lagi menghubunginya, katanya.


Dalam kejadian berasingan, seorang wanita turut kerugian RM440,000 selepas mendakwa diperdaya kekasih halimunan yang hanya dikenali melalui Internet sejak Disember 2008. Difahamkan, mangsa yang berusia 40-an tidak pernah bertemu lelaki terbabit, sebaliknya hanya berkomunikasi melalui webcam di laman web mencari jodoh www.match.com.

Lelaki terbabit yang mendakwa tinggal di Hong Kong berhasrat melamar mangsa sebagai tunangnya selepas berkenalan beberapa bulan. Menurutnya, lelaki itu turut menyatakan keinginan datang ke Malaysia bagi memulakan perniagaan selepas berkahwin dengannya kelak.


Namun, lelaki terbabit mula membuat helah dengan menyatakan dia diculik dua lelaki dan dua wanita tidak dikenali sejurus menjejakkan kaki di Malaysia. Insiden penculikan palsu itu menyebabkan wanita berkenaan gelisah dan bimbang terhadap keselamatan bakal tunangnya, katanya.


Menurutnya, lelaki terbabit menghubungi wanita berkenaan dan memintanya membayar tebusan RM440,000 bagi menyelamatkan nyawanya. Mangsa yang percaya dengan drama penculikan palsu itu membuat pembayaran berperingkat melalui akaun bank kononnya milik penculik. Namun, selepas membayar wang tebusan itu, baru dia menyedari diperdayakan apabila lelaki terbabit terus lesap dan gagal dihubungi selepas itu, katanya.

Sementara itu, Ketua Biro Aduan MCA, Datuk Michael Chong, berkata kes penipuan licik seumpama itu mula dilaporkan kepada pihaknya sejak dua tahun lalu dan jumlah mangsa kian meningkat terutama di kalangan gadis dan wanita yang memburu cinta sejati.


Mereka biasanya menyamar lelaki bujang dari Eropah atau Asia untuk menjalankan operasi penipuan terbabit. Malangnya mangsa tidak menyedari dalang sebenar adalah lelaki warga Afrika yang tinggal di negara ini.


Sehingga kini lebih 20 wanita menjadi mangsa dengan jumlah kerugian mencecah jutaan ringgit. Walaupun peringatan diberikan melalui media, kes sama terus berulang, katanya.

Sumber : Harian Metro


Lupus hutang kekasih atau dapat aib

Oleh Suraya Roslan
surayaroslan@hmetro.com.my
2010/05/24
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Seorang gadis yang merelakan perlakuan seksnya dengan teman lelaki dirakam sebagai tanda kasih membawa padah apabila kekasihnya itu kini menggugut untuk menyebarkan bahan itu jika mangsa terus menuntut hutang RM54,000 daripadanya.

BINCANG...Anggy berbincang dengan  Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong.
BINCANG...Anggy berbincang dengan Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong.

Malah, pernah sekali gadis itu dipaksa melakukan hubungan seks ketika haid oleh lelaki terbabit yang juga seorang ejen hartanah.


Lebih malang, dia yang hanya mahu dikenali sebagai Anggy, 28, terpaksa menanggung beban hutang kad kredit, bil telefon dan pinjaman persendirian bank yang dibuat lelaki terbabit semata-mata membantu bekas teman lelakinya memulakan perniagaan.


“Saya mula mengenali lelaki itu pada 2005 ketika mencari penyewa apartmen di Cheras dan apabila dia mendapatkannya, terdetik perasaan cinta.


“Selepas beberapa bulan berkawan, dia mula memaksa saya memohon beberapa kad kredit untuk kegunaannya,” katanya ketika di temui di pejabat Biro Pengaduan Awam MCA, semalam.


Menurutnya, selepas hampir tiga tahun menjalin hubungan, rahsia status lelaki itu yang dikenali sebagai KS terbongkar.


“Satu hari saya terjumpa seorang rakan di pasar malam dan diberitahu teman lelaki saya itu sudah berkahwin hampir 10 tahun,” katanya.


Selepas mengetahui status lelaki itu, mangsa nekad meninggalkan kekasihnya itu dan menuntut semula apa yang diberi selama mereka berpacaran.


Namun, permintaan mangsa untuk memutuskan hubungan itu tidak dipersetujui KS.

“Dia merayu saya supaya jangan tinggalkan dia. Dia juga kata sanggup bercerai dengan isterinya untuk hidup dengan saya,” katanya.


Dalam pada itu, hubungan sulitnya dengan KS diketahui isteri KS selepas terlihat beberapa video seks mangsa bersama suaminya.


“Sejak itu, saya meminta dia memulangkan semula wang yang dipinjam,” katanya.


“Saya bimbang dia akan sebarkan rakaman video itu,” katanya.

Thursday, May 6, 2010

MANGSA LAMAN SEMBANG 1

Kos cuci dosa RM135,800

Posted on the May 6th, 2010 under Berita, Jenayah, Tempatan by johnjimat

KUALA LUMPUR: Sindiket pukau menjadikan laman sembang untuk mencari mangsa mengakibatkan janda beranak empat berputih mata apabila wang simpanan RM135,800 lesap.


Mangsa yang mulanya menyangka laman sembang itu mampu merawat kesunyian sejak diceraikan kini trauma kerana kehidupannya makin tidak terurus sejak kehilangan wang yang sepatutnya digunakan membeli rumah demi keselesaan anak.


Mendakwa seolah-olah dipukau, mangsa dikenali sebagai Rina, 38, berkata, dia tidak menyangka kenalan sembangnya itu seolah-olah mempunyai rangkaian memburu mangsa di laman web untuk diperdayakan dalam tempoh singkat.Semuanya bermula apabila saya menjadikan laman sembang My Space mencari kawan sekitar April lalu dan berkenalan dengan dua wanita dikenali Ida dan Ila.


Ketika bersembang, saya menceritakan tentang latar belakang dan kehidupan saya yang tertekan kerana terpaksa berkorban menjaga empat anak masih bersekolah berusia enam hingga 17 tahun serta perniagaan makin merosot, katanya. Menurutnya, dia diberitahu Ida yang mendakwa ingin membantu memulihkan semangatnya melalui kaedah berbomoh dengan seorang lelaki Indonesia dikenali sebagai Mbah.

Menyangkakan Ida ikhlas ingin membantu, saya memberikan nombor telefon bimbit kepadanya dan dia berjanji memulihkan saya. Selain itu, dia menasihati saya menderma kepada Ila yang mempunyai ibu yang cacat sebagai cara menebus dosa silam, katanya. Rina berkata, dia menerima panggilan daripada seorang lelaki, Yan Hasnor untuk bertemu dengan alasan ingin melihat keadaan dirinya.


Sebaik bertemu dengan lelaki berusia 52 tahun itu, saya terpaku melihat wajahnya yang tenang dan tanpa segan silu menceritakan keadaan diri saya serta perniagaan butik kecantikan yang diusahakan sejak 18 tahun lalu.


Yan Hasnor mendakwa saya perlu menderma RM50,000 bagi membina masjid di Indonesia sebagai satu cara mencuci dosa dan menebus segala kesalahan dilakukan dikatakan menjadi punca diceraikan suami, katanya yang menuruti kehendak lelaki itu.

Seolah-olah dipukau, Rina mengeluarkan wang simpanannya dari bank di Bangsar sebelum diberikan kepada suspek. Ekoran pertemuan pertama dengan lelaki itu, keadaan saya tidak keruan kerana asyik teringatkan dia menyebabkan saya menghubunginya untuk bertemu empat hari kemudian.


Suspek tidak menolak pelawaan itu dan ketika bertemu untuk kali kedua, dia memberitahu kos merawat penyakit serta menghapus dosa dengan Tok Guru Mbah memerlukan bayaran tambahan RM100,000, katanya yang kemudian menyerahkan wang simpanannya berjumlah RM85,800 secara beransur-ansur selama tiga hari.

Menurut Rina, walaupun ditegur anak kerana menyerahkan wang yang banyak, dia tidak mempedulikannya, malah membenarkan suspek tidur di rumahnya kerana berasakan enggan berpisah.

Keadaan saya seperti lembu di cucuk hidung yang menuruti kata suspek walaupun baru berkenalan tidak sampai seminggu. Mujur anak sulung yang menyedari keadaan pelik ini menghubungi keluarga di Pulau Pinang dan menceritakan keadaan menimpa saya untuk diselamatkan, katanya yang dilarikan keluarganya lelaki terbabit untuk diubati.

Setelah seminggu berada di kampung, suspek memburunya bagi meminta bayaran perubatan di negara seberang yang didakwa tidak mencukupi menyebabkan dia membuat laporan polis. Saya cuba mencari lelaki itu untuk meminta wang saya kembali, namun telefon bimbitnya tidak dapat dihubungi manakala cubaan keluarga mencari di rumahnya di Damansara gagal, katanya.

Sumber : Harian Metro

Sindiket warga Afrika atau Awang Hitam

KUALA LUMPUR: Sindiket warga Afrika atau Awang Hitam kini bersekongkol dengan lelaki Inggeris bagi memperdayakan wanita apabila taktik penipuan mereka semakin diketahui ramai.

Dalam kes terbaru, seorang wanita aktivis sebuah pertubuhan kebajikan dari negara jiran tidak menyangka lelaki Inggeris dikenalinya melalui laman sosial adalah konco sindiket warga Afrika apatah lagi lelaki terbabit sanggup bertemu empat mata dengannya bagi membuktikan kebenaran yang dia bukanlah warga Afrika.

Selain itu, lelaki terbabit yang dikenali sebagai Harry dengan murah hati turut berjanji mendermakan AS$2juta (RM6.3 juta) semata-mata bagi membantu mangsa menguruskan pertubuhan kebajikan yang terdesak memerlukan dana.

Lebih menyedihkan, mangsa berusia 52 tahun itu turut diperdayakan untuk datang ke negara ini bagi menguruskan wang derma terbabit yang didakwa kekasihnya itu disekat pihak Bank Negara.

Menurut sumber, selepas beberapa bulan berkenalan, suspek datang ke tempatnya dengan alasan untuk melihat sendiri rumah kebajikan diuruskan untuk membantu mangsa yang terbabit dengan bencana alam beberapa tahun lalu.

Mangsa memberitahu dana pertubuhan itu terlalu sedikit berbanding perbelanjaan diperlukan untuk memulihkan semula kawasan terbabit terutama sekali membantu persekolahan kanak-kanak yang terjejas berikutan bencana dihadapi mereka.

Dengan nada simpati, suspek dikenali sebagai Harry memberitahu dia akan menyalurkan bantuan kewangan dengan segera dan berjanji akan menderma ke dalam akaun mangsa apabila dia pulang ke negaranya.

Kira-kira seminggu selepas suspek pulang, mangsa dimaklumkan wang RM6.3 juta terbabit sudah dimasukkan ke akaunnya namun apabila mangsa mendakwa belum menerimanya, bermulalah episod penipuan mengakibatkan mangsa kerugian hampir RM160,000.

Pelbagai taktik digunakan sindiket itu termasuk melakukan penyamaran kononnya dari pihak kedutaan negara terbabit bagi meminta mangsa menjelaskan beberapa pembayaran seperti bayaran cukai pelepasan sebanyak AS$32,000 (RM101,000).



Sunday, April 18, 2010

myMetro

myMetro
Oleh MOHD AZAM SHAH YAACOB dan SHANTY NUR SHAFFIZAN SHAFEE
metahad@hmetro.com.my
2010/04/18


KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang sudah bercucu bukan saja lebur lebih RM600,000, malah tergamak mengheret suaminya yang menghidap penyakit angin ahmar ke mahkamah untuk menuntut cerai selepas menjadi angau dek panahan cinta palsu playboy warga Afrika.


Menceritakan kisahnya ketika ditemui baru-baru ini, kata Sofea, dia mula menyedari diperdayakan apabila wang simpanan serta tabungan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah lebih RM600,000 hangus begitu saja.


“Sebelum itu, apabila mengetahui dia ditahan pihak berkuasa, saya masih menghubunginya dan menyediakan tiket penerbangan untuk dia pulang ke Nigeria pada Mei tahun lalu.


“Namun hati saya menjadi tidak keruan sepanjang dia pulang, menyebabkan saya membuat kerja gila apabila sanggup menaiki penerbangan selama 14 jam untuk ke negara terbabit semata-mata untuk bertemu lelaki berusia 42 tahun itu,” katanya.


Sebaik tiba di negara itu, dia terkejut apabila mendapati lelaki itu yang dikenali sebagai Fareed hidup mewah dengan memiliki pelbagai aset seperti perniagaan, ladang ternakan ikan, beberapa unit pangsapuri yang disewakan serta banglo mewah.

“Dia mengaku semua harta diperoleh hasil kegiatan jahat dengan memperdayakan wanita bukan saja di Malaysia, malah beberapa negara lain.


“Setiap kali dihantar pulang oleh pihak berkuasa tempatan, dia mencari lokasi baru untuk dikunjungi semata-mata mengikis wanita malang lain sebagai cara mudah mencari kekayaan,” katanya yang masih tidak boleh melupakan teman lelakinya.


Bagaimanapun, menurut Sofea, lelaki terbabit masih menghubunginya menggunakan SMS bagi meminta bantuan kewangan menggunakan pelbagai alasan di samping berjanji akan mengahwininya.


“Ketika dia di negara ini, saya sedar pada masa sama saya ‘dimadukan’ dengan wanita tempatan lain, namun tidak mampu meninggalkannya.


“Walaupun pernah diserang teman wanitanya yang lain kerana didakwa merampas Fareed, saya tidak peduli, malah sanggup berjanji sehidup semati dengannya,” katanya.


Menceritakan kisah pertemuan mereka dua tahun lalu, Sofea berkata, dia diperkenalkan kepada Fareed oleh rakannya yang turut menjalin hubungan dengan lelaki Afrika.


“Di awal perkenalan, Fareed sering menyediakan makanan dan saya dihidangkan makanan negara asalnya iaitu pisang bakar dan herba. Bermula daripada situ, saya menjadi gila bayang seolah-olah angau walaupun pada mata kasarnya Fareed bukan kacak.


“Keadaan saya seolah-olah lembu dicucuk hidung. Apa saja permintaannya, termasuk menyewakan sebuah kondominium untuknya, saya turutkan walaupun keadaan kewangan saya tidak menentu,” katanya yang kini menjalani rawatan perubatan tradisional kerana percaya terkena ‘ubat guna-guna’ Fareed.


Dia mendakwa pada mulanya tidak pernah menyimpan perasaan pada Fareed, namun sikap romantik dan penyayang lelaki itu menyebabkan dia ‘cair’.


“Jika bersamanya, hidup saya terasa indah dek termakan janji manisnya, apatah lagi saya yang bergelar nenek dipanggil dengan panggilan manja seperti ‘sweetheart’, ‘baby’ dan ‘princess’. Semua itu menyebabkan saya lupa diri serta suami yang sakit.


“Tiba-tiba saja saya berubah sikap daripada seorang yang cermat kepada pemboros gara-gara mengikut kehendak gilanya hingga licin semua wang simpanan dan tabungan KWSP hasil titik peluh bekerja selama 30 tahun,” katanya.


Menyifatkan hidupnya kini semakin terumbang ambing serta hilang pedoman, Sofea kesal kerana tindakan bodohnya juga menyebabkan keluarganya kini berpecah belah, apatah lagi anak kini tidak mempercayainya.


Lebih menyedihkan, katanya, ketika anak meminta bantuan, Sofea yang sebelumnya ibu penyayang tidak menghiraukan mereka, sebaliknya lebih mengutamakan Fareed.


Ketika ditemui, Sofea turut menunjukkan SMS kiriman Fareed yang penuh kata-kata manis, antaranya: “Good nyte my sweetheart, thank 4 all the love and kindness... i believe u darling. i want to live the rest of my life with u. Baby, u r my pride.. i want to join u as as soon as possible. Sleep well and dream of me, your poor lonely husband.


(Selamat malam kekasih hatiku. Terima kasih di atas kasih sayang dan kebaikanmu. Aku percaya padamu sayang. Aku akan menghabiskan sisa hidupku bersamamu. Sayangku, engkau kebanggaanku dan aku berjanji untuk bersamamu secepat mungkin. Tidurlah dengan lena dan mimpikan diriku, suamimu yang lemah dan kesepian).


Sofea kini percaya kebanyakan warga Afrika yang menjalin hubungan dengan wanita tempatan mempunyai niat terselindung sama ada mahu mengikis harta mereka, sekadar memuaskan nafsu atau menjadi alat bagi melakukan aktiviti yang menyalahi undang-undang.


Bagi memudahkan menjerat mangsa, mereka dipercayai menyiasat latar belakang seseorang itu, terutama wanita berusia dan bekerjaya sepertinya yang dahagakan perhatian lelaki bagi memudahkan menjalankan misi menipu serta mengikis harta mereka.